Orang2Hebat!

Saturday, December 11, 2010

jawab jangan tak jawab!

Haa, entry kali ni, guwa hanya nak mintak pendapat dan komen dari korang je. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Citenya begini. Korang mempunyai 3 buah kereta untuk dipilih. Jadi keretanya seperti di bawah:

(ops..sori, ni motor. guwa salah gambar daa)


KERETA A:
Jenis kereta buatan Malaysia (proton,perodua). Kereta ni dulu anda suka. Tapi sekarang dah kureng. Mungkin disebabkan designnya yang tak berapa nak lawo(tapi anda tak kisah sangat pun). Tapi anda suka kereta ni sebab kereta ni selalu je ada tak kira time. Senang didapati la. Tak kira time anda susah ke senang, selalu je ada. Bila anda usulkan nak beli kete ni kat sape-sape pun, sume orang setuju. Tapi, anda rasa kete ni taste untuk orang-orang berusia je. Kelebihan kete ni, ia selalu menyokong gaya pemanduan anda.

KERETA B:
Jenis kereta buatan Jepun (honda, Toyota, mazda). Kete ni anda baru-baru nak minat. Mungkin sebab anda baru tahu spesifikasi kereta ni amat sesuai 100% dengan gaya pemanduan anda dan anda amat selesa dengan kereta ni. Bila anda usulkan pada sesape, ada yang setuju dan ada yang tak. Tapi yang penting anda suka ‘gilak’. Keburukan kete ni, ianya selalu rosak dan baik tak tentu masa. Tapi ada satu masa anda tahu yang ianya rosak teruk dan perlukan masa selama 7-8 bulan untuk diperbaiki. Selepas diperbaiki, kereta ni akan menjadi lebih power dari biasa.

KERETA C:
Jenis kereta buatan Eropah (BMW, Mercedes, Ferari). Kete ni dah lama anda minat. Tapi tak berpeluang nak dapatkan. Anda suka kete ni sebab designnya yang lawa pastu fungsinya yang boleh tahan. Tapi anda tak pernah tengok secara real depan-depan kete ni. Selalu tengok yang lalu lalang kat atas jalan raya tu je. Anda pun kurang pasti bagaimana rupa bentuk sebenar kete tersebut, hanya mampu menganggar je. Kete ni jugak jarang anda nak dapat lihat sebab tak ramai sangat orang pakai. Anda pasti akan rasa bangga bila anda dapat pakai kete ni sebab kete ni seolah-olah mencabar anda untuk mendapatkannya. 

Agak2 anda, kete manakah pilihan anda. Sila jawab beserta alasan kenapa anda memilih kete tersebut pada komen di bawah. Kerjasama dari anda amatlah guwa hargai. Trimas!! ;)


p/s: jawab jangan tak jawab. Yehaa!! ;p 

Tuesday, December 7, 2010

biskut bawa maut

Haa..entry guwa kali ni nak cite pasal BISKUT. Korang mesti kenal dengan biskut kan? Tapi, korang percaya tak kalau guwa cakap biskut boleh bawak maut? Mesti korang tak caye kan. Kalau korang tak caye, meh guwa nak habaq mai bagi korang caye sket.

Kisah ni jadi dah laamaaa sangat. Ini kisah jadi 15 tahun dulu nih. Masa tu kitorang adik beradik kumpul ramai2 kat dapor. Bukan nak menolong mak guwa, tapi nak berborak ngan beliau je(hampeh punya anak).

Masa tu biskut mayat je yang ada. Jadi teman kitorang borak. Borak punya borak sambil makan biskut mayat. Jadi akak guwa ada terkeluar satu topic yang mana telah membuatkan guwa ter’excited’. Seingat guwa topic ‘ORANG GILA’. Guwa excited la nak cakap kat dorang yang guwa penah jumpa orang gila masa main kat luar rumah itu hari, dan guwa bercerita sambil biskut masih lagi dalam mulut.

biskut mayat terbabit-gambar ehsan google


Sedang asyik guwa bercerita, tetiba guwa rasa ada satu benda yang terlekat kat oesophagus guwa ni. Nak ditelan tak boleh, nak di luah lagi la tak boleh, apalagi nak dikemam. Guwa dah dapat   rasa yang oksigen tak dapat nak sampai ke jantung. Muka guwa dah biru(macam sempat je pegi tengok cermin).

Setelah simpton2 tadi berlaku, guwa terus pegi tenyeh muka kat mak guwa. Mak guwa heranla, tetiba je budak ni nak manja2 pulak. Beliau paling muka kat guwa dan terkejut tengok guwa dah tercungap2 tercekik biskut mayat. Beliau panic, terus korek biskut tu keluar. Nasib baikla sempat. Kalau tak dah arwah dah guwa sekarang ni. Blog ni pun takkan wujud. Biskut mayat hampir membuatkan guwa menjadi mayat. Hoho!! Tapi..nasib baik mak guwa ada, dia HEROOOOO…in pada masa tu. Time kasih banyak2 mak. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat. Mak akan selamanya menjadi HERO..in saya. Sebenarnya, selain biskut mayat, guwa jugak penah tercekik jerami nangka.huhu ;p


p/s:suka tercekik bila makan

Sunday, November 28, 2010

manusia jenis apa ni?

Entry kali ni guwa taknak sindir sape2, tapi guwa nak sindir diri sendiri. Diri tuan punya blog nih.

Satu kejadian telah berlaku ke atas guwa dimana telah menyebabkan guwa terpikir, “manusia jenis apa guwa ni? ada hati perut ke guwa ni? bodohnya guwa nih!”

Kejadiannya begini. Pada satu hari yang hujannya bolehla tahan lebat, yang mana pada time tu orang malas nak gerak walaupun ke jamban. Samala jugak ngan guwa, MALAS yang amat!

Nak dijadikan cerita, guwa telah ditugaskan oleh mak guwa untuk menghantar lauk kepada nenek guwa yang mana rumahnya terletak beberapa meter je dari rumah guwa. Selang satu rumah je pun. Sebenarnya itu memang rutin guwa bila guwa ada kat rumah. Jadi pada hari yang hujan tu, guwa malas nak pergi. Tapi nak taknak kena pergi jugak. Guwa meringankan jugak la kaki ni pergi. Dalam hati tuhan je yang tau bagaimana buruknya keikhlasan guwa ni.

Sedang guwa berjalan, tiba2 ”SLURPP!!..PANG!!..ADEHH!!”.
Haa..korang mesti dah dapat agak kan bunyi apa tu. Kalau korang nak tau, itula bunyi guwa jatuh. Sakit jugak. Nasik habis bertaburan kat tepi longkang, lauk pulak dah selamat sampai ke dalam longkang. Jari kelingking guwa luka akibat menahan diri dari jatuh. Tersiat kulit. Pedih tu takyah cakapla. Padan ngan muka guwa kan, sape suruh tak ikhlas sangat buat keje.

Balik rumah, guwa suruh mak guwa pergi hantar lauk. Guwa dah segan nak pergi. Bukan apa, segan ngan diri sendiri sebab tadi dah jadi manusia sombong dan bongkak. Nasib baikla tuhan tu adil, terus bagi balasan kepada manusia bodoh macam guwa nih.

Esoknya, guwa pergi hantar lauk macam biasa. Nenek guwa bila dia tengok guwa, dari yang terbaring terus bangun terduduk. Terus dia tanya khabar guwa macam mana sebab mak guwa cakap kat dia yang guwa jatuh semalam. Dia jugak ada cakap yang dia rasa bersalah sebab tak pergi tengok keadaan guwa semalam dek keuzurannya tu. 

Guwa rasa nak jatuh air mata ni. Punyala guwa ni tak ikhlas ngan dia semalam, tapi ini balasan yang guwa dapat. PERHATIAN DARI BELIAU! Ya Allah! Manusia apakah guwa ni? Asal nenek guwa tu tak cakap PADAN MUKA je sebab guwa rasa itu yang selayaknya. Tapi, orang tua ni tak pernah nak sakitkan kita walaupun kita menyakiti dia. Percayala cakap guwa ni. Jadi janganla sesekali kita sisihkan orang tua tak kira dalam apa jua keadaan pun.


p/s: orang tua patut kita hormati.   

Saturday, November 20, 2010

soalan wajib orang bercinta

Korang yang pernah bercinta ni mesti tau kan apa soalan wajib bila kita bercakap ngan pakwe @ makwe kan? Haa..kali ni entry guwa pasal benda ni. Nak cakap guwa pernah bercinta tu taklah, tapi ni berdasarkan pengalaman orang2 terdekat.

Soalan pertama bila lepas bagi salam:

“awak sihat?” (walaupon pagi tadi dah tanya)
Kalau si dia jawab “sihat”, maka proceed dengan soalan no 2.
Kalau si dia jawab “tak”, maka saranan supaya ke klinik atau hospital2 yang berdekatan diberikan. (caring la kunun)

Soalan kedua:

“awak buat apa?”
Kalau si dia jawab “takde buat apa” maka terus proceed dengan soalan no 3.
Kalau si dia jawab “tengah perah susu kambing ke, tengah temankan kucing mandi ke”,maka soalan akan terus ditanya berdasarkan kepada kerja yg sedang dilakukan oleh si dia.

Soalan ketiga:

“awak dah makan?”
Kalau si dia jawab “dah” maka proceed dgn soalan no 4.
Kalau si dia jawab “belum”,maka sebab musabab akan ditanya.

Soalan keempat:

“awak makan apa?”
Kalau si dia jawab “lauk biasa je”,maka anda akan jawab “wahh!!sedapnya” walaupun taktau lauk apa.
Kalau si dia jawab “makan angin je”. Itu maksudnya dia tengah merajuk. Maka sesi pujuk memujuk akan dilakukan.


Soalan seterusnya:

“mak ayah sihat?”
“adik beradik tengah buat apa?”
“pernah kentut bau durian tak?”
“kucing awak makan berapa kali hari ni?”
“kambing awak dah mandikan?”
“saya ngan jkk kampong awak mana lagi hensem?”

Soalan merapu diteruskan sehinggalah tibanya saat soalan terpenting keluar. Soalan yang menentukan hidup dan mati pasangan couple tersebut.

Soalannya:

“awak2, sudi tak jika saya korbankan harta, diri dan masa saya untuk awak? Dengan kata lain, would you like to marry me?(cheewahh, ckp omputih nih)”

Dan tiba-tiba si dia diam..“tut..tut..tut..”
Cehh..kredit dah habis. Haa..itula, sapa suruh mengarut banyak sangat, kalau straight to the point kan senang. Tup2 dah kawen dah kot. Setelah fenomena tadi berlaku, maka proses pelamaran akan disambung pada hari2 berikutnya. Sekian.


p/s: kalau terus terang kan senang. Hadoii.

Monday, November 8, 2010

don't judge a buku by its kulit

Inilah ayat yang boleh guwa katakan. Dah takde dah ayat yang paling sesuai melainkan ayat nih (entah apa merepek pun taktau).
Guwa sebenarnya punya kisah disebalik awan ayat ni. Kisahnya bermula bila..

Di suatu pagi yang nyaman tanpa gangguan karbon dioksida yang melampau, guwa telah dikejutkan dengan satu panggilan yang mengejutkan(sekali lagi merepek). Mungkinkah panggilan hangit? Ohh! Tidak2! Tidak sama sekali. Guwa baru ingat yang hari tu FAFAU dengan FBI cuti. Jadi tak mungkin..

Rupa-rupanya(jeng3),sekali member guwa daaa. Dia ajak guwa pegi beli kasut kat kedai beskal. Ada ke patut. Jadi guwa menyarankan supaya dia beli kasut kat kedai kasut sebab...bla...bla..(merepek).

Senang cite guwa straight to the titik. Masa kitorang kat mall tuh, guwa ada nampak sasaorang yang mana mata guwa terus boleh trace orang ni(ala2 cyborg gitu).

Data:

Nama   :seorang makcek
Umur   :lingkungan 30-40 an
Fesyen :kain batik+tudung senget+slipar jamban=serabai nak
        mampos!_

Beliau berjalan macam tak heran apa pun. Kat depan beliau, ada 2 orang budak pompuan comel. Dalam hati guwa berkata “mungkin makcek ni bibik dorang kot”.

Sedang asyik guwa serta member guwa tu pilih kasut, tiba-tiba guwa ada dengar bunyi talipon. Guwa pandang kiri kanan. Aik?? Takde pun. Tiba-tiba mata guwa terpana pada empunya talipon tersebut.

Tuan talipon tu cakap ngan talipon beliau “hallo sir. Yes, I’m the manager of the project. Ohh..about the project right? So far so good. Doesn’t have any problem yet. If there’s any problem, I will inform you as soon as possible. Nothing to worry.”

Cuba teka, sapekah gerangan tuan talipon berkenaan. Jeng3..jawapannya: MAKCEK YANG GUWA KATA SERABAI TADI!!
Data error!!
Mau nak tercabut rahang kitorang masa tu sebab nganga mulut luas sangat. Tergamam! Makcek serabai speaking London baii. Sekali lagi(sebenarnya dah berkali-kali) mata guwa dah salah trace orang. Hadoiyai!!


Itula, lainkali DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER okehh. Kang nanti jadi macam guwa nihh. Tak pasal2 buruk sangka kat orang, kan dah berdosa tuh. Huhu!!

p/s:fikir dulu sebelum nilai ;)

Friday, November 5, 2010

bila la budak ni nak...

Haa..korang penah dengar tak mak ayah korang sebut ayat ni. “bila la budak ni nak..bla..bla..bla”. Guwa dengan penuh yakin dan sure,korang mesti penah dengar kan?

1. Masa kita kecik dulu..mak kita selalu cakap.
“bila la budak ni nak besar”

2. Bila kita dah besar..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak sekolah”

3. Bila kita dah sekolah..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak pandai”

4. Bila kita dah pandai..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak masuk u”
(jika kita terus-menerus tak pandai, maka mak kita akan proceed dengan soalan no 7..hehe)

5. Bila kita dah masuk u..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak grad”

6. Bila kita dah grad..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak dapat keje”

7. Bila kita dah dapat keje..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak kawin”

8. Bila kita dah kawin..mak kita cakap.
“bila la budak ni nak dapat anak, aku pun nak merasa jugak
 menimang cucu”

Bila kita dah dapat anak,dah ada semua, dah berjaya..mak kita cakap.
“haa..sekarang barulah mak dapat tutup mata dengan tenang. Sebab semua yang mak nak kamu dah lakukan. Jadi kalau mak pegi nanti, takdela mak rasa risau”

Itulah sebenarnya kerisauan seorang ibu. Jadi bila kita dah berada di tempat beliau suatu hari nanti, kita mesti akan ulang soalan sama jugak. TAK CAYE? Tengoklaa ;)



p/s : tapi kalau dah takde jodoh nak kawen nak buat macam mane.
Ye dak?

Thursday, November 4, 2010

ganti solat pun boleh ke?

Mengikut pemikiran korang yang dalam keadaan sedar la kan, korang rasa logic serta boleh tak kalau sesorang tu nak ganti solat kita. Guwa yang tak seberapa nak alim ni pon tau yang benda tak boleh. Tapi...sebenarnya, guwa punya kisah disebaliknya.

Kisah ni jadik masa guwa dalam darjah 2 ke 3 macam tu la. Guwa pun dah tak berapa ingat. Guwa masa tu jenis yang penakot. Penakot yang amat! Nak pegi tandas kena berteman, nak tido pon sama. (segan pulak bila ingat)

Nak dijadikan cite, masa tu seingat-ingat guwa tengah solat maghrib. Dah la solat lambat, dah nak habis waktu dah pon. Kalau bukan sebab mak guwa dok bising, takde maknenya guwa nak gerak pegi solat. Huhu!


(gambar hiasan semata-mata)


Sedang guwa solat tu, seingat-ingat masa tu guwa dah tahiyyat akhir dah. Tinggal nak bagi salam je nih. Maka masa tu berlaku satu malapetaka yang dasyat jugak. Tiba-tiba brader guwa tu pegi tutup lampu bilik guwa. Time bila beliau masuk pon guwa tak sedar (macam pelesit).

Guwa apalagi, dah la terkejut, tak sempat habis solat guwa dah menjerit. Gabra jugak mamat tu. Dan2 masa tu beliau cakap “shuuuishh..diam2..janganla menjerit..meh nak ganti solat tu.” Langsung tak logic. Walaupon guwa masa tu tak masak lagi masih mentah, tapi guwa tau yang solat mana boleh main passing2 macam tu je. Entah mazhab mana yang beliau guna pon tak taula.

Korang tau tak, masa beliau cakap nak ganti solat guwa tu kan, beliau siap hulur tangan lagi. Beliau hengat ni apa? Wrestling ke? Main sep2 macam tu. Huh!
Disebabkan nampak beliau punya kesungguhan dalam mengekspresikan kegabraan beliau tu. Maka guwa selaku adik yang baik memaafkan beliau dengan seadanya. Hal ni jugak telah guwa diamkan dari mak guwa. Baikkan guwa nih. ;)



p/s: jangan ganggu orang solat. Berdosa!

Thursday, October 28, 2010

guli punya pasal

“Jom kawan2..kita main guli!!! Lubang guli akim(brader guwa) dah buat!! Chop2!! Guwa nak turn sebelum akim ehh..”

Bila dengar je seruan ayat ni bergema..dengan muka tak basuh, semua pakat datang kerumun..nak main guli punya pasal. Haha! Budak2..biasala~

Kitorang punya excited main guli ni boleh membawak sampai ke petang. Pasal makan pun kitorg dah tak kisah. Asalkan..dapat main guli. Bila kitorang dah setat main guli nihh, mak panggil suruh balik mandi pun dah tak hirau. Lagi2 kalau tengah menang. Jangan harapla nak berenti main pastu balik semata-mata nak mandi. Huh!

Nak dijadikan cerita, suatu hari sedang asyik bermain guli, garam di rumah guwa telah kehabisan. Jadi, mak guwa macam biasala, suruh guwa ngan abg guwa tu pegi beli. Memasing malas sebab masa tu kitorang tengah dok menang. Huishh..sayang kalau tinggal game masa tuh. Rugi oohh!

Setelah menyuruh beberapa kali, mak guwa tiba2 naik fedup. Beliau pun jalan kaki pegi beli sendiri. Sebelum beliau pergi ke kedai beli garam tu, beliau sempat menyaun guwa ngan brader guwa barang sepatah dua ayat. Sound beliau “korang dua malam ni jangan makan nasi, rebus je guli tu!!”. Tapi guwa ngan brader guwa masa tu buat selamba badak je sebab ingatkan beliau hanya ingin bergurau senda anak beranak.

Tirai petang sudah berlabuh. Guwa ngan brader guwa tersenyum puas lagak seorang perwira menang di medan perang. Melangkah dengan bangga sambil membawa pulang hasil kejayaan di tangan. Kamilah wira pada masa tu. Manakala mereka yang kalah menangis meratap nasib memasing. Itula, sapa suruh main dengan jaguh kampong, kan dah kalah tu. Hahaha!

Sesampainya kami di rumah, satu musibah telah berlaku. Bukan gempa bumi, jauh sekali banjir. Ohh!! TIDAK..mak guwa tak bagi kitorang masuk rumah. Biar betul, kitorang ni dah la budak kecik pastu nak suruh duk luar rumah pulak (dan2 jadi budak kecik). Hari pulak dah nak malam nih. Rumah guwa dekat ngan kubur pastu guwa pulak time tu iman belum kuat lagi, penakot tahap gaban la senang cite..hadoii!! cari penyakit betul. Huhu!

Masa kitorang tengah berusaha bukak pintu yang dikunci tu, mak guwa sempat menyaun lagi. Ni beliau sound live dari tingkap rumah guwa. Sound beliau “tido luar la korang dua malam ni. pastu kalau lapar amik guli tu telan sebijik2”. Huishh, mak guwa ni memang serius nak suruh kitorang tido luar nih. Guwa dah gabra. Tapi dalam guwa tengah gabra tu, boleh pulak brader guwa tu rilek je main baling2 batu kat taik lembu macam takde benda yang jadik. Mungkin beliau buat2 cool je tu.

Ayah guwa diam, tak kata apa. Mungkin beliau pun menyetujui tindakan mak guwa tu. Pastu yang guwa hangin, akak2 guwa senang lenang duk gelak2 kat guwa. Bukannya nak tolong guwa yang di dalam kesengsaraan nihh. Hampehh!!

Bila dah malam sangat, guwa dah mula takot. Guwa mula setat guwa punya konsert amal untuk satu kampong. Guwa menjerit2 mintak di bukakkan pintu. Guwa dah tak hirau nasihat brader guwa yang suruh guwa diam time tuh. Lantak laa..asalkan guwa dapat masuk rumah. Tiba2, mak guwa bukak pintu. Yes!! Guwa berjaya buat mak guwa rasa simpati. Haha!

Tapi..bila dah masuk rumah tu. Huh! Tragis! Guwa kena lagi rotan barang sebatang dua. Sakit oohh!!

Tapi yang paling tragisnya bila keesokannya orang kampong duk perli guwa. Diorang kata malam semalam ada konsert amal kumpulan nasyid kat umah guwa. Ceytt!! Nak perli pun beragak la. Kumpulan nasyid dibaginya guwa. huhu!!



p/s: buat apa yang mak suruh.

Wednesday, October 27, 2010

assistant

“SEMUA BANGUN!!”

Haa..korang mesti familiar ngan ayat nihh kan? Pada sape2 yang bersekolah melayu tu mesti familiar, tapi yang sekolah tamil guwa taktau.

Nak dijadikan kisah, pada suatu tengahari yang telah melibatkan kredibilti serta komitmen guwa adalah apabila pn.guru kelas telah melantik guwa menjadi penolong kelas pada masa tuh. Huishh! Besar tanggungjawab tuh. Dahla ni first time. Kecut jugak guwa, tapi guwa maintain cool je. Haha!

Bila dah jadi penolong kelas tuh, terasa macam poyo jugakla kan. Guwa gunakan kuasa guwa tu sepenuhnya. Memandangkan en.ketua kelas selalu je lesap entah kemana, maka guwa la yang telah dipertanggungjawab oleh pn.guru untuk menjaga keamanan kelas tuh.

Barang wajib yang mesti ada ngan guwa pada masa tu adalah buku tiga 5 ngan pencil hb kaler merah tuh. Bukan apa, kata assistant kann, mestilah nak kena tulis nama budak2 yang dah bising dan buat onar dalam kelas tu. Masa tu tak tau la guwa ni jenis yang tegas sangat ke ataupun giler kuasa(sebenarnya giler kuasa), kalau korang nak tau, bila budak2 tu gerak sikit je, guwa dah tulis nama dorang tuh dalam buku tiga 5 guwa tuhh. Jadi bila pn.cikgu nak masuk mengajar, beliau akan mintak list nama budak2 yang bising dalam kelas tadi, pastu macam biasala..kena denda la jawabnya.

Guwa memang suka pekena orang nihh. Mana2 budak yang guwa tak berkenan, guwa tulis je nama dorang. Tapi bila member2 guwa bising, guwa buat tak heran je. Tak tulis pun nama dorang tuh.
Memandangkan ramai yang tak puas hati dengan guwa, jadi pada suatu hari mereka telah buat satu pakatan, mungkin! Masa tu pn.cikgu takde dalam kelas. Jadi guwa macam biasala, tulis nama mereka2 yang bising. Lepas je ‘gap’ masa tuh, pn.teacher pun masukla kelas nak ngajar. Pn.teacher pun macam biasala, mintak list nama budak2 yang bising tu. Guwa pun bagi kat beliau. Sesudah pn.teacher membaca nama2 yang tertuduh untuk keluar ke depan, beliau sempat menyelitkan satu soalan yang membuatkan maruah guwa selaku assistant kelas time tuh jatuh merundum. Huishh!!

Pn.teacher bertanya,”Ada lagi tak pelajar yang bising??” maka segerombolan budak2 yang tertuduh tu terus cakap “ASSISTANTTT!!!!”. Pn. Teacher apalagi, terus panggil guwa mengadap ke muka pengadilan.
Korang nak tau tak pn.teacher tu denda kitorang camne? Beliau cubit perut sorang2. Haa..padan muka, sapa suruh bising?? Kan dah kena..

Bila dah kena cubit perut tu dah sah2 dah budak2 tu nangis, TAPI..bila sampai turn guwa, guwa gelak. Korang nak tau kenapa?? Selain suka buli orang, guwa ni sebenarnya ‘panggeli’ orangnya(takde kaitan). Nak2 kalau orang pegang perut guwa. Mau tak berair mata guwa gelak.
Jadi pn.teacher tu menjerit-jerit suruh guwa berenti gelak semata-mata sebab tak leh nak cubit perut guwa. Biasala, kalau dah gelak tu perut mesti jadi tegang kan. Hari tu pn.teacher langsung tak ngajar kitorang semata-mata nak cubit perut guwa. Hahaha! Nasib la korang..sapa suruh mention nama guwa kat pn.teacher, kan dah tak dapat belajar tuhh..



p/s: maafkan saya pn.teacher, lenkali saya tak nakal lagi dah ;)


Sunday, October 17, 2010

apa yang korang faham?

Entry kali ni topiknya agak serius skit. Guwa pun tak tau kenapa. Mungkin dah buang tebiat agaknya. Hahah! Sebenarnya begini ceritanya, pada satu malam yg stress, guwa dah masuk satu chatroom nihh. Guwa masuk2 je kat situ tgk dorang tengah gaduh2. Guwa sebenarnya tak tau apa puncanya. Guwa pun main menyampuk je. (gelojoh jugak guwa nihh)

Nak dijadikan cerita, tetiba ada satu topic yang dorang keluarkan yang menyebabkan guwa rasa macam nak sentuh pasal rukun Negara.
Sebenarnya kan, jujur guwa nak tanya korang, apa yang korang faham tentang rukun Negara? Tapi guwa yakin, majority tau baca dan hafal je sebab kat sekolah dulu kalau time perhimpunan selalu je ketua pelajar bacakan. Ye dak?

Apa yang guwa nak sentuh kat sini ialah tentang prinsip rukun Negara yang pertama iaitu “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN”. Korang paham tak sebenar-benarnya prinsip yang pertama nihh.
Masa malam tragis tuhh sampai guwa dituduh ‘otak kuning+nak menyesatkan orang” ialah apabila guwa cuba untuk menerangkan prinsip yang pertama ni lah. Huishh,cabaran betul nak sampaikan ilmu kat orang pun kann..huhu!!

Korang nak tahu tak kenapa kerajaan menetapkan “PERCAYA KEPADA TUHAN” dan bukannya “PERCAYA KEPADA ALLAH”? haa..korang kena paham kat sini, guwa bukan cakap yang kita tidak boleh percaya pada Allah. Itu dah terpesong tuh.

Cuba korang pikir dengan otak bijak pandai korang tuh. Negara kita ni kan berbilang kaum, bangsa, serta agama kan, senang cite masyarakat majmuk la. logik tak kalau kerajaan letakkan “PERCAYA PADA ALLAH” sedangkan Negara kita ni ada lagi yang memeluk agama lain. Jadi, kalau macam ni, prinsip rukun Negara ni hanya menjurus kepada penganut agama Islam semata-mata. Tak gitu? Sedangkan masih ada lagi kaum yang memeluk agama lain. Jadi amat tak adil bagi mereka, takkan la mereka nak percaya kepada tuhan kita, ALLAH SWT sedangkan mereka mempunyai tuhan mereka sendiri?

Jadi “PERCAYA KEPADA TUHAN” ni dalam maksudnya. Cuba korang pikir, ada tak agama yang mana tuhannya menyuruh berbuat kejahatan? Rasanya macam takde. Semuanya menyuruh kearah kebaikan kan? Jadi jika kita percaya kepada tuhan kita yang menyuruh kita berbuat kebaikan, nescaya hidup kita akan aman damai. Sebab itulah benda ni telah diaplikasikan dalam rukun Negara.


Haa..ni bagi yang masih lagi tak paham. Cuba baca nihh..bukan ke setiap agama menyuruh pengikutnya berbuat kebaikan?

Jadi guwa harap lainkali rukun Negara tu jangan pandai hafal je. Tapi hayatilah kerana ianya membawa makna yang besar dalam kehidupan kita.




p/s: rukun Negara ni jgk penting kalau korang nak g interview keje kat kompeni2 yg besar ataupun nak gi lanjut pelajaran kat oversea ;)

Thursday, October 14, 2010

tipu tu dosa!

Masa kecik-kecik dulu kan, korang penah tak dengar cerita dongeng. Ala..macam cite cinderella ngan snow white tuh. Mesti penah kan? Kalau macam tu, korang mesti penah dengar tentang cite..ala,cite yang mengisahkan tentang pengembala kambing yang sedang boring pastu tetiba beliau menjerit tipu orang kampong cakap kambing beliau kena baham dek harimau tuh. Pastu tetiba harimau datang betul-betul, pastu beliau jerit tapi dah takde orang datang sebab orang dah tak caye kat dia. Guwa sure korang mesti penah dengar cite ni kan?

Okla, nak dijadikan kisah, mak guwa telah mempergunakan kisah dongeng ni sebagai pengajaran kepada guwa supaya jangan menipu. Beliau cakap bila sekali kita dah menipu, maka bila kita cakap betul pun orang takkan percaya dah. Lagipun, menipu tu kan dosa. Guwa pegang nasihat tu sampai hari ni. Nasihat yang paling berguna bagi guwa. Jadi nak dijadikan cerita, guwa ni ada brader. Kemana-mana je pegi mesti ngan brader guwa. Guwa main ngan dia, makan ngan dia, pegi sekolah ngan dia dan membesar gedabak pun ngan dia jugakla. Bukan apa, kalau nak main ngan akak-akak guwa tu, diorang mana nak layan guwa main guli ke hape ke. Diorang generasi lain, guwa generasi lain. Nak layan adik guwa pulak,hampeh! Manja semacam je. Sentuh sikit nangis. Tak padan dengan laki. Lama sikit budak tu duk ngan guwa maunya naik penampor sebijik. Biasala, darah muda,jadi baran la sikit. Jadi pada masa tu, teman terdekat guwa selain dari mak serta ayah guwa ialah brader guwa tu. Buruk pun dia, baik pun dia. Setan pun dia, malaikat pun dia(guwa rasa yang ni tak kot).

Nak dijadikan cerita, pada satu hari cuti sekolah tuh, kitorang pergi merayau-rayau kat sungai kampong guwa tu. Sesampainya di sana, guwa tengok ramai membe-member brader guwa tengah mandi kat situ. Guwa nak join guwa sogan. Jadi yang berkesempatan kat situ tak lain tak bukan ialah brader guwa je lah. Beliau mandi dengan girangnya tanpa memikirkan perasaan guwa yang rasa macam nak terjun je dalam sungai tu. Jadi bila dah mandi dah tentula basah. Ye dak? Tak logic sangatla kalau tak basah tu. Apa korang ingat brader guwa ni mandi sungai guna swimming suit?



Bila dah basah macam tu, nak balik rumah pun takot. Nak-nak lagi bila teringat mak guwa nan sorang tengah menunggu ngan batang paip kat umah nuh. Nak mati balik basah-basah macam tu? Brader guwa dah pakat suruh guwa menipu kat mak guwa sebab mak guwa lebih percaya cakap guwa dari auta brader guwa nih. Ada ke patut suruh guwa menipu. Menipu tu kan dosa. Itu yang guwa belajar dari mak guwa.
Sesampainya kitorang kat umah, macam biasa la. Mak guwa dah standby depan pintu. Sesi soal siasat bermula. Beliau tanya guwa kenapa brader guwa ni basah. Guwa kekeringan idea masa tu. Tak tau nak menipu apa nih. Nak cakap hujan memang gile. Dahla tengah panas terik nih. Nak kata jatuh longkang,kampong guwa ni takde longkang, parit je. Guwa pun diam. Mak guwa proceed ngan soklan lain. Beliau tanya “Dia mandi sungai eh?”. Guwa diam. Tunduk. Sesekali guwa jeling brader guwa. Brader guwa jeling guwa balik. Guwa pandang tempat lain terus tak main jeling-jeling dah.
Mak guwa semacam dah paham ngan perangai guwa nih. Beliau macam tau-tau je yang guwa telah dipaksa serta diperas ugut oleh brader guwa untuk menipu. Tanpa berlengah, mak guwa terus menjatuhkan hukuman terhadap brader guwa di atas kesalahan mandi sungai. Sebenarnya salah dia jugak. Sapa tak suruh ajak guwa sekali. Kalau guwa sekali mandi sungai dah tentu-tentu dah idea nak menipu tu banyak sebab guwa nak selamatkan diri jugak. Hahaha!! Selepas kejadian tu, berhari-hari jugakla brader guwa tak ajak guwa main ngan beliau. Marah la tu gamaknya. Hehehe!!







p/s:jangan suka menipu lagi-lagi mak kita sebab dia tahu semuanya.  

Sunday, October 3, 2010

nakal ke jahat? part 3

Untuk part 3 nih, ceritanya semacam extreme sikit. Bagi yang ada penyakit kronik tu guwa bagi warning awal-awal kat sini sebab guwa tak nak bertanggungjawab kat korang.

Cerita bermula apabila..jeng3..pada satu tengahari selepas waktu rehat (time paling guwa suka),cikgu kelas guwa masuk. Sebelum beliau ‘setat’ mengajar, beliau telah membuat ‘havoc’ sikit kat kelas guwa iaitu dengan meng’adjust’ tempat duduk kitorang. Dia letak budak pandai ngan budak lampi(lambat pick-up). Jadi pada hari tu, guwa telah ditakdirkan duduk disebelah sorang budak laki ni. Kitorang duduk tepi dinding dan beliau duduk bersebelahan tingkap.

Masa first time guwa duduk sebelah dia tu,guwa tak buat perangai lagi. Guwa control sikit guwa punya attitude depan dia. Bukan tujuan nak mengorat, tapi tujuannya taknak takutkan beliau dengan perangai ganas guwa ni. 2 3 hari jugak guwa usha dia. Setelah tu, guwa semacam boring bila duk sesaje tanpa sakat orang. Jadi guwa mula buat plan macam biasa buat tu. Untuk pengetahuan korang, dalam ramai-ramai mangsa guwa, beliau ni la yang kena paling teruk dengan guwa. Bila teringat balik kisah beliau ni, tragis jugak sebenarnya.

Beliau ni sebenarnya budak kampong guwa. Ayah guwa ngan ayah dia memang ‘ngam’. Guwa pun baru tau sebenarnya. Masa buli dia guwa tak tau pun. Hahaha!! Nama mangsa ketiga ni ialah saiful kalau guwa tak silap. Guwa sebenarnya lupa macam mana cara guwa ‘pekena’ beliau masa first time tu. Tapi seingat-ingat guwa, tiap hari guwa mesti sekeh kepala dia. Kalau tak sekeh guwa tarik telinga dia. Tak pun guwa hempuk kepala dia kat kerusi(extreme kan guwa nih). Dah rasa macam satu kewajipan pulak bagi guwa. Kalau tak buat tak sah. Rasa macam berdosa pulak. Hahaha!! Tapi yang guwa herannya, dia tak pernah menangis tu. Hebat la budak nihh!! Ni yang makin membakar guwa punya semangat ni.

(gambar hiasan semata-mata)


Satu hari tu, guwa ingat lagi, masa tu beliau baru beli pencil warna. Guwa punya hobi ni melukis dan mewarna(standard hobi budak-budak). Jadi apalagi, guwa rembat dia punya pencil warna tu tapi masa nak balik tu guwa bagi balik sebab rasa macam bersalah pulak. Biasala, guwa ni orang miskin, manala mampu nak beli pencil warna. Huhuhu!!

Pastu hari yang tragisnya, guwa tak tau kenapa guwa pukul beliau teruk sangat itu hari. Sebenarnya, takdela teruk sangat, guwa cuma sekeh kepala bertubi-tubi pastu tarik telinga beliau sampai merah pastu hempuk kepala beliau kat kerusi. Itupun teruk ke?? Ok la..TERUK LA TU. Pastu tiba-tiba mata beliau merah. Reaksi beliau semacam nak menangis. Rasa bersalah dah menyelubungi guwa nih. Apa guwa harus lakukan?? Guwa duduk je. Static. Tapi guwa tak mintak maaf sebab guwa segan. Sejak hari tu guwa dah tak buli beliau dah. Tapi esoknya guwa sambung balik!! Hahahah!!



p/s:budak-budak mana pernah serik.

nakal ke jahat? part 2

Okeh, untuk part 2 punya cite ni pulak. Mangsanya, budak sebelah Yati nihh. Guwa tak tau la kenapa budak-budak group guwa ni semacam je. Okeh,berbalik pada mangsa buli guwa tadi,nama beliau Taufiq. Badan dia kecik je. Mungkin lagi kecik dari guwa sikit kot.

Jadi problem yang dihadapi oleh budak ni ialah beliau nihh bila datang sekolah, masuk kelas,beliau akan mendap je kepala kat meja tuh. Guwa sebenarnya suspicious jugak ngan budak nih. Dahla tak bercakap, pastu mendap kepala kat meja pulak tuh. Apa problem budak nih sebenarnya?? Hati guwa tertanya-tanya. Penuh tanda soal kat atas kepala.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang ‘suey’,si Taufiq tu tengah mendap kepala beliau kat meja tu macam biasa. Jadi guwa sebenarnya nak menyiasat apa yang ada kat bawah meja tu sampai budak tuh sanggup mendap lama-lama kat meja. Jadi guwa pun tengok kat bawah meja beliau. Aikk? Takde apa-apa pun? Jadi, guwa tak puas hati, guwa pun tarik budak tuh suruh dia bangun sebab guwa nak tengok apa yang disorokkan tuh. Tapi dia berkeras nak mendap jugak kepala dia kat meja tu. Guwa ingat benda yang disorokkan tu memang special la. Jadi guwa tanpa berlengah terus tarik beliau dengan begitu kasarnya. Yesss!!! Guwa Berjaya. Rupa-rupanya bukan ada apa pun. Saja je beliau buat gempak kat guwa. Setelah guwa berjaya, budak tu bangun lalu...hehe..korang sambungla sendiri. Macam tak tau pulak.

(macam ni la gamaknya budak tu nangis)

Kuat jugak budak tu nangis sampaikan budak-budak kelas tu yang dari tadi lagi duk bising tiba-tiba diam. Semua tertumpu pada si Taufiq tuh. Lalu, budak-budak tu tubuhkan satu kumpulan sorak dan bersorak “Ayok! Ayok! Tak tau..dia buat”. Guwa steady je time tu. Tak nangis pun. Saje taknak bagi malu pertubuhan gangster-gangster sedunia. Hahaha!!

Guwa sebenarnya kecut jugak. Manala tau kot-kot si Taufiq tu bagitau mak dia ke bila balik nanti kan. Tup-tup esok mak dia datang serang guwa. Naya guwa. Dahla guwa takde team lagi nih. Huish!! Naya.. Jadi guwa pun nak tutup mulut dia, guwa bagi la dia gula-gula yang dah tinggal sebijik dalam poket guwa ni kat dia. Ciss!! Baru guwa ingat nak simpan makan balik umah nanti. Terkorban guwa punya gula-gula. For Taufiq..hahaha..sorry keh!! Budak-budak, biasala.





p/s:teringin sangat nak jumpa mangsa-mangsa buli guwa nih.

Saturday, October 2, 2010

nakal ke jahat? part 1

Guwa dulu masa kecik-kecik sebenarnya tak boleh nak bezakan yang mana benar dan yang mana salah. Yang mana hak dan yang mana batil. Biasala, mumayyiz la katakan. Hahaha!

Jadi ceritanya begini, korang nak tau tak kenapa guwa masa first time masuk sekolah tu guwa suruh ayah guwa balik cepat-cepat? Sebabnya guwa nak sakat budak depan guwa nihh. Sakit mata la guwa tengok dia. Asyik nak nangis je. Guwa memang pantang orang nangis-nangis nih. Nak kata mak ayah dia tinggalkan dia, guwa tengok elok je duk berdiri kat luar tuh. Tak tau la guwa apa problem budak nih. Cengeng betul. Huh!

Jadi selang beberapa hari, mak ayah pun dah kurang yang menunggu anak-anak mereka. Memasing pun ada keje jugak. Lain la kalau keje nak tunggu anak dorang je. Jadi memandangkan masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, maka guwa pun start guwa punya plan. Dah berhari-hari guwa duk plan macam mana la nak sakat budak nihh. Jadi hari tu guwa dapat satu idea, guwa mintak tisu ngan dia. Guwa mintak “Yati (nama mangsa), awak ada tisu tak? Saya nak satu boleh?” Si Yati nihh memang bawak tisu, sebab nak lap dia punya hingus. Tapi guwa time tu hingus dah kering dahh. Kira macam dah move ke stage lain la guwa nihh, bukan lagi dalam kategori kanak-kanak hingusan.

Saat Yati memberikan tisu kepada guwa, time tu lah guwa start guwa punya plan. Guwa cubit-cubit dia punya tangan sambil cakap “Asal ko ni suka nangis?hah?hah?” Huish! Menangis budak tuh. Seingat-ingat guwa takde la kuat sangat guwa cubit. Cubit-cubit manja je(banyakla guwa punya manja).

Masa tu seingat guwa ada cikgu tengah mengajar kat depan tuh. Nama cikgu tuh, pn.norhayati mengajar bm. Cikgu tu terus bergegas ke tempat kejadian. Sesampainya di sana, beliau melihat mangsa dalam kesakitan menahan kesan cubitan. Guwa sebagai penjenayah kat situ tersenyum ‘cool’. Puas hati!

(sama macam kes terdahulu jgk, gambar hiasan semata-mata)


Cikgu tanya kenapa, pastu si Yati tu cakap la guwa cubit dia. Guwa pun mengaku la dah memang salah guwa kan. Cikgu pun tolong si Yati tu balas dendam. Guwa kena balik. Pastu untuk bagi cikgu tu rasa puas hati sikit, guwa buat-buat la menangis(air mata langsung tak keluar). Biar ada effect sikit. Bagi cikgu tu rasa puas hati. Sesudah pn.cikgu tu blah dari situ, guwa pun berenti berlakon laa. Hahahah!! Licik!!




p/s:ini baru part 1.korang tunggu part 2 punya cite pulak okeh!! 

Darjah Satu !!

Masa tu tahun 1998, tahun ni first time guwa masuk sekolah darjah satu (mestila first time, takkan second time pulak) Guwa kalau bab-bab sekolah nihh memang excited. Tak tau kenapa. Guwa suka sangat pegi sekolah sampaikan kehadiran guwa tu kadang-kala 100%. Hahahah! Hebat tak guwa?

(gambar hiasan semata-mata)

Guwa ingat lagi, masa time masuk sekolah tuh, semuanya baru. Guwa dapat kasut yonex, beg alien (tapi takde tayar), pencil box yang macam kotak tu, pastu pencil banyak-banyak. Suke giler aa guwa masa tu. Bukan apa, selain obsess main game, guwa jugak sebenarnya obsess terhadap alat tulis serta buku(guwa suka cium bau). Kalau korang tak caya, korang tanyala membe guwa.  
Masa first time masuk sekolah kan, korang tau-tau je la macam mana perangai budak-budak bila mak bapak tinggalkan dorang tu. Ada yang menangis, meraung dan yang paling extreme siap ada yang melolong lagi tau. Hebat tak? Biasa la, ni la standard budak-budak bila masuk darjah satu.
Tapi guwa lain. Lain sangat. Lain dari yang lain. Guwa ‘perambat’ ayah guwa suruh dia balik cepat-cepat. Bukan apa, guwa pikir takde guna jugak dia duk berdiri je kat luar tu. Jadi guwa ambik keputusan drastic, guwa mintak ngan cikgu nak keluar jap semata-mata nak perambat ayah guwa balik. Ayah guwa akur je dengan keputusan guwa. Tapi sebelum balik, ayah guwa sempat pesan kat guwa, dia cakap “kasut achik abah dah tanda ngan huruf ‘D’ kat belakang tuh,manala tau kot-kot tertukar ngan orang lain ke”. Biasala, nak masuk kelas guwa kena bukak kasut.
Ok,kes ayah guwa dah setel. Dia dah balik dah. Jadi tinggal la guwa keseorangan. Masa first day tuh takde apa-apa pun. Cikgu just ajar ABC je. Itu pun boring sebab ABC ni guwa dah belajar masa tadika lagi(bajet bijak la nihh). Lagipun, cikgu semua baik-baik je. Bukan apa, takut nak garang ngan budak-budak ni. Biasala..first day. Mood budak-budak tengah leleh je semua kan. Silap hari bulan kalau ter’garang’ sikit budak-budak dah cabut. Maka, mengajarla pn.cikgu keseorangan.  Tambah-tambah lagi mak ayah masih ada lagi yang menunggu anak-anak mereka, jadi tak elok la kalau nak garang-garang sangat. Ye dak?







p/s:rasa macam nak masuk darjah satu balik!! ;(

Thursday, September 30, 2010

Aaron Aziz part 2

Kesinambungan dari kisah Aaron Aziz part 1.

Cont..

Sebenarnya serta sejujur-jujurnya, guwa ni merupakan BIG FANS kepada Aaron Aziz. Guwa memang minat gile-gile kat dia ni. Setiap cite dia guwa mesti tengokk aa. Jadi nak dipendekkan cerita, ‘brader’ yang jual air masa bulan pose kat loading bay yang guwa cite tuhh, muka dia ada laa ala-ala Aaron Aziz sikit. Guwa perasan dia punya muka sebab guwa kan menunggu punyala lama kat situ, jadi tak logic la kalau guwa tak perasan dia punya muka kan?




(amacam? ensem tak brader Aaron nihh?)

Selepas kejadian tempoh hari, guwa memang rasa gile-gile menyampah aa kat brader tuhh. Harap muka dia cam Aaron Aziz je. Jadi tahap menyampah guwa tu jadi kurang sikit. Jadi nak dipendekkan cite kat sini, selepas je bulan pose tuhh, guwa dapat tahu yang brader ni jual nasi lemak pulak. Hati guwa berbunga-bunga beb, bukan apa, dendam lama tak terbalas lagi nihh. Hahahah!! (jahat+nakal) Sebenarnya, benda nihh membe guwa yang inform. Dia cakap “brader Aaron Aziz ko tu jual nasi lemak aa”. Setelah berita itu disampakan kepada guwa, apalagi, langkah drastic terus diambil tanpa perlu lagi berfikir panjang.

*Ceritanya begini:

Pada suatu tengah hari, sesudah habis je kelas, guwa rasa lapar sangattt. Perut guwa dah berkeroncong merdu lagu “Sayangku Siti Salmah” (tajuk lagu yang baru gua reka tadi) Sebenarnya, hari tu guwa memang dah plan awal-awal lagi ngan membe guwa nak gi beli nasi lemak kat brader tu. Jadi kitorg pun berjalan menuju ke gerai brader tuhh. Tidak dapat dinafikan, brader tuh memang jenis yang rajin. Masa guwa pegi gerai dia tu kan, dia sedang asyik je mengelap bekas-bekas polistren serta baling-balang air dia tuh. Tiba-tiba hati nakal guwa berbisik “brader ni nasib aa dia laki, kalau pompuan nihh, ramai orang masuk meminang. Aku pun tak serajin nihh”. Sesampainya guwa kat gerai dia tu, guwa tengok je nasi-nasi lemak yang dah siap di packing tuh. Huisshh, efisyen betul keje brader nih, awal-awal lagi dah siap bungkus, pastu siap ada label lagi kat setiap bungkusan tuh. Tujuannya nak membezakan jenis nasi lemak tuh. Jadi bila guwa tengok dia punya label tuh, satu haram pun guwa tak paham. Korang nak tau apa yang dia tulis?? Antaranya ialah: TM, IT, BT. Guwa nak tanya korang ngan jujur nihh, korang paham tak apa maksud TM, IT dan BT tuhh?  Guwa tau, korang mesti jawab dengan kompidennya : TAKKKKK!!!!

Jadi untuk mempermudahkan cerita kita nih, korang ikutilah perbincangan guwa dengan brader tesebut:

Guwa      : Boleh tak nak tanya TM tu apa?
En.Brader : (tanpa mengeluarkan sepatah kata pun, brader tuh
            menunjukkan mata beliau)
Guwa      : (dalam keadaan yang blurr) Hah? Apa tuh?????
En.Brader : (dia menunjukkan lagi mata beliau ala-ala iklan
            ‘eyemo’ gitu)
       *guwa ingat brader nihh memang betul-betul bisu kot*
Guwa      : ????? ( sambil buat muka blur dan mulut yang    
            melopong)
En.Brader : Telur mata. (dalam kondisi steady)
Guwa      : Laa.. cakap la telur mata.. ingatkan TELEKOM MALAYSIA 
            tadi
       *pastu, guwa tanya lagi*
Guwa      : IT tu apa?
En.Brader : (sambil menujukkan beliau punya kepala)
  *ahhh!!!mampos..dia buat lagi*
Guwa      : Apa tuh? Boleh tak kalau cakap?
En.Brader : (buat lagi gaya macam kat atas tuhh)
Guwa      : ?????? (guwa pun buat aksi yang sama macam kat atas  
            tuhh tadi)
En.Brader : Ikan dan telur.
Guwa      : Hampeh #$&@*! Huishh.

Guwa ingat nak tanya lagi BT tuh apa. Tapi guwa takut tahap kebisuan dia makin menjadi-jadi, so guwa diamkan je, buat-buat macam dah paham. Tapi sebenarnya..haram!
Korang nak tau tak kenapa brader tu dia tunjuk kepala dia time aku tanya IT tu apa? Maksudnya kat situ IT= INTELEKTUAL. So..so..sooooooo…..hampeh!


Pastu time nak bayar tuh, guwa bagi RM2 kat dia. Dia pun tanya guwa ada 20 sen tak? Guwa buat-buat bisu macam dia. Guwa tunjuk jari dua kat dia, pastu guwa geleng-geleng kepala. Pastu, guwa tanya membe guwa ada 20 sen tak versi bisu. Hah! Baru tau rasa. Kita tengok sapa yang lagi bisu kat sini.
Membe guwa tu tak payah cakap la tentang kondisi beliau pada ketika itu. Kesian guwa tengok dia, nasib tak terkencing je kawan tuhh duk tahan gelak. Hahaha~!





p/s : bila bisu bertemu pekak. maka jadilah guwa presiden kelab bisu dan pekak ;p