Orang2Hebat!

Saturday, December 11, 2010

jawab jangan tak jawab!

Haa, entry kali ni, guwa hanya nak mintak pendapat dan komen dari korang je. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Citenya begini. Korang mempunyai 3 buah kereta untuk dipilih. Jadi keretanya seperti di bawah:

(ops..sori, ni motor. guwa salah gambar daa)


KERETA A:
Jenis kereta buatan Malaysia (proton,perodua). Kereta ni dulu anda suka. Tapi sekarang dah kureng. Mungkin disebabkan designnya yang tak berapa nak lawo(tapi anda tak kisah sangat pun). Tapi anda suka kereta ni sebab kereta ni selalu je ada tak kira time. Senang didapati la. Tak kira time anda susah ke senang, selalu je ada. Bila anda usulkan nak beli kete ni kat sape-sape pun, sume orang setuju. Tapi, anda rasa kete ni taste untuk orang-orang berusia je. Kelebihan kete ni, ia selalu menyokong gaya pemanduan anda.

KERETA B:
Jenis kereta buatan Jepun (honda, Toyota, mazda). Kete ni anda baru-baru nak minat. Mungkin sebab anda baru tahu spesifikasi kereta ni amat sesuai 100% dengan gaya pemanduan anda dan anda amat selesa dengan kereta ni. Bila anda usulkan pada sesape, ada yang setuju dan ada yang tak. Tapi yang penting anda suka ‘gilak’. Keburukan kete ni, ianya selalu rosak dan baik tak tentu masa. Tapi ada satu masa anda tahu yang ianya rosak teruk dan perlukan masa selama 7-8 bulan untuk diperbaiki. Selepas diperbaiki, kereta ni akan menjadi lebih power dari biasa.

KERETA C:
Jenis kereta buatan Eropah (BMW, Mercedes, Ferari). Kete ni dah lama anda minat. Tapi tak berpeluang nak dapatkan. Anda suka kete ni sebab designnya yang lawa pastu fungsinya yang boleh tahan. Tapi anda tak pernah tengok secara real depan-depan kete ni. Selalu tengok yang lalu lalang kat atas jalan raya tu je. Anda pun kurang pasti bagaimana rupa bentuk sebenar kete tersebut, hanya mampu menganggar je. Kete ni jugak jarang anda nak dapat lihat sebab tak ramai sangat orang pakai. Anda pasti akan rasa bangga bila anda dapat pakai kete ni sebab kete ni seolah-olah mencabar anda untuk mendapatkannya. 

Agak2 anda, kete manakah pilihan anda. Sila jawab beserta alasan kenapa anda memilih kete tersebut pada komen di bawah. Kerjasama dari anda amatlah guwa hargai. Trimas!! ;)


p/s: jawab jangan tak jawab. Yehaa!! ;p 

3 comments:

WunnyNiwaa said...

kalau buat masa skrg ni as a student i bergaya dengan kereta A je..

tapi kalau dah afford, kete C pon i sanggup beli. i pentingkan gaya kot. bia bergaya di jalan raya. well kereta pon satu aset jugak.

tapi i akan jadikan kereta A as my 2nd car :)

pelik2perfect said...

hai tuan umah..ni first visit sy ke blog anda...sy ingin beri pendapat sebab sy pun sebelum beli kereta hari tu byk tanya pendapat kawan2..so my opinions :

kereta A - kereta pilihan saya (produk proton) sebab spare part mudah dicari, servis pun bagus plus jimat minyak bagi pemanduan jarak jauh.

kereta B - kereta idaman saya (toyota vios) tapi bile memikirkan kos penyelenggaraan dan ragamnya nanti, so sy pilih proton (brgn buatan malaysia)

kereta C kereta conventional ni sy suka tgk je tapi tka minat untuk memiliki..

kesimpulannya sy nak kongsikan 3 perkara yg saya fikirkan sebelum beli kereta :

pertama - kos (downpayment, byr bulan, servis)

kedua - kegunaan dan keperluan (untuk pakai ari2 gi keje or utk guna time vacation bawak family jenjalan) p/s : sy kete utk guna hari2, thats y sy pilih kereta yg mudah diservis.

ketiga - value kete 5 tahun akan datang..setiap tahun value kete akan turun, target lah kalau nk ikat pendek pastu jual, kira berbaloi...tapi kalau beli kereta mahal pastu ikat panjang then jual..kurang berbaloi coz kereta import cepat upgrade new version...

sekian pendapat saya....choyy!

ewanthology said...

kete A .... sebab murah :-) klu rosak pun sparepart murah :-)