Orang2Hebat!

Monday, May 9, 2011

junjung kerusi

Kisah ni jadi masa tu guwa darjah 6. Guwa masih ingat lagi nama beliau, nama cikgu yang denda guwa tu. Nama beliau adalah seperti berikut : CIKGU SITI ZUBAIDAH.

Guwa suka cikgu ni sebab dia yang paling garang. Bukan apa, sebab bila cikgu tu garang, secara otomatiknya kerja sekolah guwa siap. Haa, magik kan?? Haha.

Ok, sambung balik cerita. Ada satu hari ni, guwa ponteng sekolah. Dah tak ingat dah apa kesah guwa tak pegi sekolah time tu, demam agaknya. Nak dijadikan cerita, hari guwa tak pegi sekolah tu, hari tu jugak cikgu siti zubaidah merangkap cikgu sains iaitu matapelajaran yang guwa tak pernah dapat A tu, bagi kerja rumah. Suruh siapkan dan hantar esoknya pada beliau. Jadi guwa tak pegi sekolah dah memang sure2 la tak tau wujudnya kerja rumah terbabit.

Esoknya, guwa masuk kelas beliau seperti kanak2 normal yang lain. Tiba2 cikgu siti zubaidah terbabit mengeluarkan pernyataan yang bertajuk “ ok murid2, saya nak kamu hantar kerja yang saya bagi semalam”. Guwa relek lagi time tu sbb guwa pikir guwa tak datang tak payah buatla kerja rumah terbabit.

Nak dijadikan cerita, cikgu siti zubaidah pun mengira jumlah buku latihan yang kaler coklat tu. Dikiranya beliau, tgk2 tak cukup bilangan. Beliau pun dengan kompidennya cakap “sape yang tak hantar kerja lagi?”. Guwa membalas kekompidenan beliau dengan menyahut “saya semalam tak datang cikgu!”. Beliau pun balas “ tak datang pun kena hantar jugak. ni keje rumah, bukan keje sekolah. Jadi buat kat rumah, bukan buat kat sekolah. Sekarang keluar kamu ke depan!”  aiseymann.. itulah guwa, kompiden+peramah sangat.

Pada hari tu, guwa telah didenda. Bukan ketuk ketampi maupun jalan itik sambil buat bunyi, tapi guwa kena junjung kerusi sambil pusing satu sekolah. Korang boleh bayangkan tak kerusi kayu yang beratnya hampir mencecah se tan tu ada kat atas kepala guwa. mau penyek rasa kepala nih. Dan nak dijadikan cerita lagi, adik KESAYANGAN guwa tu nampak guwa kena denda. Balik umah mereport kat chief inspector la budak tu. Adehh, kena lagi guwa kat umah. Kuasa bebelan halilintar mak guwa tu. Ahhh…otromen pun tak mampu nak fire. Lalu otromen pun pitam..

Tapi sejak peristiwa hari tu, guwa tiap kali exam Alhamdulillah dapat A je matapelajaran sains tu. Mungkin guwa ni kena hantuk dulu kot baru nak tergadah. Tapi hari tu bukan takat kena hantuk, siap kena ketuk, luku, siku, seligi lagi guwa rasa. Tapi pengalaman tu amat berharga. Terima kasih cikgu! :)

Friday, January 7, 2011

you are my perfect couple!

Haa..amacam ngan topic kat atas tu? Jiwang giler kan bunyinya. Guwa yakin pasti ada yang meremang bulu betis bila baca topic tu kan? Haha!

Okla, nak dipendekkan cite, mehla guwa cite serba sikit tentang dia. Seingat guwa kenal dia 4-5 tahun dulu macam tu la. Masa guwa jumpa dia, adehh..hensem, kacak, bergaya, cantik, cun, menawan, anggun, ahh..senang cite semua ada la. First time guwa tengok dia, terus jatuh hati. Guwa usha dia punya ‘spec’. Ecehh..guwa berkenan la pulak dengan dia. Rasa macam nak cakap je time tu,”Awak2, jom kita kawen ada bran?” hehe.

Tau tak kenapa guwa nak kawen ngan dia. Sebabnya, bila guwa kawen ngan dia, tak banyak masalah macam pasangan2 lain tu. Guwa tak payah nak jaga perasaan dia, tak payah nak pikir apa dia nak makan, tak payah susah2 nak ‘iron’kan baju dia, senang cite semua tu tak payah la. Cuma yang penting kat sini, guwa kena ada duit. Duit yang cukup bila kawen ngan dia supaya kitorang takkan bercerai.

Tapi, guwa segan. Guwa ni bukan berduit sangat. Sen guwa pun ngam2 makan nasi goreng kampong je. Tapi dia cakap dia sanggup tunggu guwa la pulak. OK DEAR! Guwa usaha jugak supaya kita dapat kawen satu hari nanti. Tunggu ek MINICOOPER, nanti kita kawen tau. Hehe ;)




p/s:korang jangan salah paham tau. Haha!

Saturday, December 11, 2010

jawab jangan tak jawab!

Haa, entry kali ni, guwa hanya nak mintak pendapat dan komen dari korang je. Tak lebih dan tak kurang dari itu. Citenya begini. Korang mempunyai 3 buah kereta untuk dipilih. Jadi keretanya seperti di bawah:

(ops..sori, ni motor. guwa salah gambar daa)


KERETA A:
Jenis kereta buatan Malaysia (proton,perodua). Kereta ni dulu anda suka. Tapi sekarang dah kureng. Mungkin disebabkan designnya yang tak berapa nak lawo(tapi anda tak kisah sangat pun). Tapi anda suka kereta ni sebab kereta ni selalu je ada tak kira time. Senang didapati la. Tak kira time anda susah ke senang, selalu je ada. Bila anda usulkan nak beli kete ni kat sape-sape pun, sume orang setuju. Tapi, anda rasa kete ni taste untuk orang-orang berusia je. Kelebihan kete ni, ia selalu menyokong gaya pemanduan anda.

KERETA B:
Jenis kereta buatan Jepun (honda, Toyota, mazda). Kete ni anda baru-baru nak minat. Mungkin sebab anda baru tahu spesifikasi kereta ni amat sesuai 100% dengan gaya pemanduan anda dan anda amat selesa dengan kereta ni. Bila anda usulkan pada sesape, ada yang setuju dan ada yang tak. Tapi yang penting anda suka ‘gilak’. Keburukan kete ni, ianya selalu rosak dan baik tak tentu masa. Tapi ada satu masa anda tahu yang ianya rosak teruk dan perlukan masa selama 7-8 bulan untuk diperbaiki. Selepas diperbaiki, kereta ni akan menjadi lebih power dari biasa.

KERETA C:
Jenis kereta buatan Eropah (BMW, Mercedes, Ferari). Kete ni dah lama anda minat. Tapi tak berpeluang nak dapatkan. Anda suka kete ni sebab designnya yang lawa pastu fungsinya yang boleh tahan. Tapi anda tak pernah tengok secara real depan-depan kete ni. Selalu tengok yang lalu lalang kat atas jalan raya tu je. Anda pun kurang pasti bagaimana rupa bentuk sebenar kete tersebut, hanya mampu menganggar je. Kete ni jugak jarang anda nak dapat lihat sebab tak ramai sangat orang pakai. Anda pasti akan rasa bangga bila anda dapat pakai kete ni sebab kete ni seolah-olah mencabar anda untuk mendapatkannya. 

Agak2 anda, kete manakah pilihan anda. Sila jawab beserta alasan kenapa anda memilih kete tersebut pada komen di bawah. Kerjasama dari anda amatlah guwa hargai. Trimas!! ;)


p/s: jawab jangan tak jawab. Yehaa!! ;p 

Tuesday, December 7, 2010

biskut bawa maut

Haa..entry guwa kali ni nak cite pasal BISKUT. Korang mesti kenal dengan biskut kan? Tapi, korang percaya tak kalau guwa cakap biskut boleh bawak maut? Mesti korang tak caye kan. Kalau korang tak caye, meh guwa nak habaq mai bagi korang caye sket.

Kisah ni jadi dah laamaaa sangat. Ini kisah jadi 15 tahun dulu nih. Masa tu kitorang adik beradik kumpul ramai2 kat dapor. Bukan nak menolong mak guwa, tapi nak berborak ngan beliau je(hampeh punya anak).

Masa tu biskut mayat je yang ada. Jadi teman kitorang borak. Borak punya borak sambil makan biskut mayat. Jadi akak guwa ada terkeluar satu topic yang mana telah membuatkan guwa ter’excited’. Seingat guwa topic ‘ORANG GILA’. Guwa excited la nak cakap kat dorang yang guwa penah jumpa orang gila masa main kat luar rumah itu hari, dan guwa bercerita sambil biskut masih lagi dalam mulut.

biskut mayat terbabit-gambar ehsan google


Sedang asyik guwa bercerita, tetiba guwa rasa ada satu benda yang terlekat kat oesophagus guwa ni. Nak ditelan tak boleh, nak di luah lagi la tak boleh, apalagi nak dikemam. Guwa dah dapat   rasa yang oksigen tak dapat nak sampai ke jantung. Muka guwa dah biru(macam sempat je pegi tengok cermin).

Setelah simpton2 tadi berlaku, guwa terus pegi tenyeh muka kat mak guwa. Mak guwa heranla, tetiba je budak ni nak manja2 pulak. Beliau paling muka kat guwa dan terkejut tengok guwa dah tercungap2 tercekik biskut mayat. Beliau panic, terus korek biskut tu keluar. Nasib baikla sempat. Kalau tak dah arwah dah guwa sekarang ni. Blog ni pun takkan wujud. Biskut mayat hampir membuatkan guwa menjadi mayat. Hoho!! Tapi..nasib baik mak guwa ada, dia HEROOOOO…in pada masa tu. Time kasih banyak2 mak. Jasamu akan ku kenang hingga akhir hayat. Mak akan selamanya menjadi HERO..in saya. Sebenarnya, selain biskut mayat, guwa jugak penah tercekik jerami nangka.huhu ;p


p/s:suka tercekik bila makan

Sunday, November 28, 2010

manusia jenis apa ni?

Entry kali ni guwa taknak sindir sape2, tapi guwa nak sindir diri sendiri. Diri tuan punya blog nih.

Satu kejadian telah berlaku ke atas guwa dimana telah menyebabkan guwa terpikir, “manusia jenis apa guwa ni? ada hati perut ke guwa ni? bodohnya guwa nih!”

Kejadiannya begini. Pada satu hari yang hujannya bolehla tahan lebat, yang mana pada time tu orang malas nak gerak walaupun ke jamban. Samala jugak ngan guwa, MALAS yang amat!

Nak dijadikan cerita, guwa telah ditugaskan oleh mak guwa untuk menghantar lauk kepada nenek guwa yang mana rumahnya terletak beberapa meter je dari rumah guwa. Selang satu rumah je pun. Sebenarnya itu memang rutin guwa bila guwa ada kat rumah. Jadi pada hari yang hujan tu, guwa malas nak pergi. Tapi nak taknak kena pergi jugak. Guwa meringankan jugak la kaki ni pergi. Dalam hati tuhan je yang tau bagaimana buruknya keikhlasan guwa ni.

Sedang guwa berjalan, tiba2 ”SLURPP!!..PANG!!..ADEHH!!”.
Haa..korang mesti dah dapat agak kan bunyi apa tu. Kalau korang nak tau, itula bunyi guwa jatuh. Sakit jugak. Nasik habis bertaburan kat tepi longkang, lauk pulak dah selamat sampai ke dalam longkang. Jari kelingking guwa luka akibat menahan diri dari jatuh. Tersiat kulit. Pedih tu takyah cakapla. Padan ngan muka guwa kan, sape suruh tak ikhlas sangat buat keje.

Balik rumah, guwa suruh mak guwa pergi hantar lauk. Guwa dah segan nak pergi. Bukan apa, segan ngan diri sendiri sebab tadi dah jadi manusia sombong dan bongkak. Nasib baikla tuhan tu adil, terus bagi balasan kepada manusia bodoh macam guwa nih.

Esoknya, guwa pergi hantar lauk macam biasa. Nenek guwa bila dia tengok guwa, dari yang terbaring terus bangun terduduk. Terus dia tanya khabar guwa macam mana sebab mak guwa cakap kat dia yang guwa jatuh semalam. Dia jugak ada cakap yang dia rasa bersalah sebab tak pergi tengok keadaan guwa semalam dek keuzurannya tu. 

Guwa rasa nak jatuh air mata ni. Punyala guwa ni tak ikhlas ngan dia semalam, tapi ini balasan yang guwa dapat. PERHATIAN DARI BELIAU! Ya Allah! Manusia apakah guwa ni? Asal nenek guwa tu tak cakap PADAN MUKA je sebab guwa rasa itu yang selayaknya. Tapi, orang tua ni tak pernah nak sakitkan kita walaupun kita menyakiti dia. Percayala cakap guwa ni. Jadi janganla sesekali kita sisihkan orang tua tak kira dalam apa jua keadaan pun.


p/s: orang tua patut kita hormati.   

Saturday, November 20, 2010

soalan wajib orang bercinta

Korang yang pernah bercinta ni mesti tau kan apa soalan wajib bila kita bercakap ngan pakwe @ makwe kan? Haa..kali ni entry guwa pasal benda ni. Nak cakap guwa pernah bercinta tu taklah, tapi ni berdasarkan pengalaman orang2 terdekat.

Soalan pertama bila lepas bagi salam:

“awak sihat?” (walaupon pagi tadi dah tanya)
Kalau si dia jawab “sihat”, maka proceed dengan soalan no 2.
Kalau si dia jawab “tak”, maka saranan supaya ke klinik atau hospital2 yang berdekatan diberikan. (caring la kunun)

Soalan kedua:

“awak buat apa?”
Kalau si dia jawab “takde buat apa” maka terus proceed dengan soalan no 3.
Kalau si dia jawab “tengah perah susu kambing ke, tengah temankan kucing mandi ke”,maka soalan akan terus ditanya berdasarkan kepada kerja yg sedang dilakukan oleh si dia.

Soalan ketiga:

“awak dah makan?”
Kalau si dia jawab “dah” maka proceed dgn soalan no 4.
Kalau si dia jawab “belum”,maka sebab musabab akan ditanya.

Soalan keempat:

“awak makan apa?”
Kalau si dia jawab “lauk biasa je”,maka anda akan jawab “wahh!!sedapnya” walaupun taktau lauk apa.
Kalau si dia jawab “makan angin je”. Itu maksudnya dia tengah merajuk. Maka sesi pujuk memujuk akan dilakukan.


Soalan seterusnya:

“mak ayah sihat?”
“adik beradik tengah buat apa?”
“pernah kentut bau durian tak?”
“kucing awak makan berapa kali hari ni?”
“kambing awak dah mandikan?”
“saya ngan jkk kampong awak mana lagi hensem?”

Soalan merapu diteruskan sehinggalah tibanya saat soalan terpenting keluar. Soalan yang menentukan hidup dan mati pasangan couple tersebut.

Soalannya:

“awak2, sudi tak jika saya korbankan harta, diri dan masa saya untuk awak? Dengan kata lain, would you like to marry me?(cheewahh, ckp omputih nih)”

Dan tiba-tiba si dia diam..“tut..tut..tut..”
Cehh..kredit dah habis. Haa..itula, sapa suruh mengarut banyak sangat, kalau straight to the point kan senang. Tup2 dah kawen dah kot. Setelah fenomena tadi berlaku, maka proses pelamaran akan disambung pada hari2 berikutnya. Sekian.


p/s: kalau terus terang kan senang. Hadoii.

Monday, November 8, 2010

don't judge a buku by its kulit

Inilah ayat yang boleh guwa katakan. Dah takde dah ayat yang paling sesuai melainkan ayat nih (entah apa merepek pun taktau).
Guwa sebenarnya punya kisah disebalik awan ayat ni. Kisahnya bermula bila..

Di suatu pagi yang nyaman tanpa gangguan karbon dioksida yang melampau, guwa telah dikejutkan dengan satu panggilan yang mengejutkan(sekali lagi merepek). Mungkinkah panggilan hangit? Ohh! Tidak2! Tidak sama sekali. Guwa baru ingat yang hari tu FAFAU dengan FBI cuti. Jadi tak mungkin..

Rupa-rupanya(jeng3),sekali member guwa daaa. Dia ajak guwa pegi beli kasut kat kedai beskal. Ada ke patut. Jadi guwa menyarankan supaya dia beli kasut kat kedai kasut sebab...bla...bla..(merepek).

Senang cite guwa straight to the titik. Masa kitorang kat mall tuh, guwa ada nampak sasaorang yang mana mata guwa terus boleh trace orang ni(ala2 cyborg gitu).

Data:

Nama   :seorang makcek
Umur   :lingkungan 30-40 an
Fesyen :kain batik+tudung senget+slipar jamban=serabai nak
        mampos!_

Beliau berjalan macam tak heran apa pun. Kat depan beliau, ada 2 orang budak pompuan comel. Dalam hati guwa berkata “mungkin makcek ni bibik dorang kot”.

Sedang asyik guwa serta member guwa tu pilih kasut, tiba-tiba guwa ada dengar bunyi talipon. Guwa pandang kiri kanan. Aik?? Takde pun. Tiba-tiba mata guwa terpana pada empunya talipon tersebut.

Tuan talipon tu cakap ngan talipon beliau “hallo sir. Yes, I’m the manager of the project. Ohh..about the project right? So far so good. Doesn’t have any problem yet. If there’s any problem, I will inform you as soon as possible. Nothing to worry.”

Cuba teka, sapekah gerangan tuan talipon berkenaan. Jeng3..jawapannya: MAKCEK YANG GUWA KATA SERABAI TADI!!
Data error!!
Mau nak tercabut rahang kitorang masa tu sebab nganga mulut luas sangat. Tergamam! Makcek serabai speaking London baii. Sekali lagi(sebenarnya dah berkali-kali) mata guwa dah salah trace orang. Hadoiyai!!


Itula, lainkali DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER okehh. Kang nanti jadi macam guwa nihh. Tak pasal2 buruk sangka kat orang, kan dah berdosa tuh. Huhu!!

p/s:fikir dulu sebelum nilai ;)